Tuesday, 14 August 2012

Tuesday, 31 July 2012

PELANCARAN 5S

Program QE/ 5s PSAS dilancarkan oleh Tuan Pengarah En Mohamad Amin b. Hamat, pada 12 julai 2012.  Semua ketua jabatan dan ketua unit berserta para kakitangan PSAS telah hadir  bagi memeriahkan majlis tersebut. Sebagai acara simboliknya setiap jabatan dan unit telah diberikan bunting 5S dan juga feather duster yang mengambarkan bermulanya 5S dalam kehidupan seharian warga PSAS.

MISI DAN VISI PSAS


MISI 

Menghasilkan graduan yang berkualiti, berilmu dan berkemahiran 
luas dalam bidang kejuruteraan mekanikal. 


VISI 

Melahirkan graduan yang kompeten, inovatif dan kreatif dalam 
bidang kejuruteraan mekanikal.

KURSUS KURSUS ALIRAN MEKANIKAL YANG DITAWARKAN


Diploma Lanjutan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan Automotif
Program ini meliputi bidang pengetahuan dan kemahiran yang luas yang diamalkan dalam industri automotif Malaysia terutama rekabentuk, pembuatan, bahan, peraturan, undang-undang dan lain-lain lagi. Program ini adalah usahasama dengan Proton Bhd di mana ia dijalankan 1 semester di PSAS dan 2 Semester di Proton Shah Alam.

Tempoh Pengajian – 3 semester ( 1.5 Tahun )


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Program ini meliputi bidang pengetahuan dan kemahiran yang luas yang diamalkan dalam industri automotif terutama aspek kejuruteraan automotif dan penyenggaraan. Kursus pengkhususan yang dipelajari termasuk Teknologi Automotif, Amalan Bengkel Automotif, Kajidaya Kenderaan Bermotor, Enjin Pembakaran Dalam dan Hidraulik Mobil di samping beberapa mata pelajaran teras dan elektif. Lulusan berpeluang menceburi pekerjaan dalam pelbagai industri automotif dan perkhidmatan berkaitan automotif

Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )



Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar akan mengikuti kursus pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Loji, Rekabentuk Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Kaji Daya Bahan, Termodinamik, Kaji Daya Mesin, modul-modul teras dan beberapa modul elektif. Peluang pekerjaan adalah luas kerana kandungan kursusnya dan lulusan berpeluang menceburi kerjaya dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.

Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )



Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Program ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik dalam industri proses pembuatan serta penggunaan mesin moden dalam pembuatan. Program ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan pengkhususan dalam bidang pembuatan. Kursus pengkhususan adalah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Rekabentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik, Ekonomi Pembuatan dan Kawalan Pembuatan di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan berpeluang menceburi dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.

Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )



Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Program ini merangkumi pelbagai disiplin meliputi prinsip dan teori kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Modul pengkhususan adalah Peranti Mekatronik, Sistem Mikro Pemproses dan Pengawal Mikro, Pengawal Logik Boleh Aturcara(PLC), Automasi Perindustrian dan Robotik, Sistem Komputer dan Aplikasi dan Mekanisma Penghantar Kuasa di samping modul teras dan beberapa modul elektif. Lulusan berpeluang menceburi pekerjaan di dalam pelbagai industri pembuatan terutama dalam industri elektronik dan separuh pengalir.

Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )